Sunday, 21 August 2011

Jatuh Cinta :')

Akhirnya, 
Masa masa itu dtg juga dalam hidup aku
Senyummu , suaramu, tampak wajahmu ,
susuk tubuh mu ,
membuatku rasa beruntung dilahirkan sbagai seorang wanita 

Jadi inikah cinta ??
Yang membuat orang rela mati untuknya ?
Yang membuat orang rela minum racun serangga
Yang membuat orang menjadi gila 
Yang membuat kisah romeo dan juliet abadi 

Jatuh cinta berbeza dgn jatuh dari pokok mangga
Jatuh cinta berbeza dgn jatuh dari basikal
Jatuh hati tidak seperti jatuh saat kita berlari .
Jatuh hati tidak sama seperti kita mula membunuh diri 

Sebenarnya aku sdang tak ingin lagi untuk jatuh 
Apalagi jatuh cinta !!
Hanya sekilas melihat wajahmu 
Hanya sesaat menatap matamu
Membuat hati aku cair bagai ais kiub yang tiada peti ais ! 

Setiap malam aku teringat akan kamu , 
mata kamu , wajah kamu , rambut kamu 
suara kamu , susuk badan kamu yang begitu megah ,
Aku terlalu rindukan semua ituu .


Dari jauh aku memandang mu , 
lewat semua mata hatiku
Dari jauh aku mengagumimu 
lewat semua kisah tentang kamu


Dari jauh aku mengkhayalkan mu 
tanpa peduli kata hatiku 
Dari jauh aku larut dalam suka citamu
Bagai bertemu air jernih dipadang tandus


Dari jauh  aku hanyut dalam dukamu 
Bagai tersesat dalam mimpi buruk
Dari jauh ku kirim doa untukmu 
Doa yang tulus , doa tak bersyarat


Dari jauh aku lukis engkau dalam mimpi aku
lewat beragam bunga tidurku
Dari jauh aku titipkan hatiku padamu
Agar kau sentiasa tau betapa 
AKU JATUH CINTA PADAMU :') 


APAKAH INI CINTA ????
APAKAH CINTA DALAM HATI AKU SUDAH TERBUKA SEMULA ??
APAKAH MUNGKIN AKU BISA MEMILIKI KAU ??
APAKAH AKU AKN BERSAMA KAU SUATU HARI ??
ATAU IANYA HANYA ANGAN2 AKU .........

Sunday, 14 August 2011

perkara yg lelaki dan perempuan perlu ketahui


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Tips memikat lelaki :)

Oke ! aku tetiba terbaca 50 tips untuk memikat lelaki , macam interesting gilaa :) 
ehehhehe , so aku ponn mulakan membaca ! 
macam WOW !! iloikee ;p ahahhaahahha .. meh meh meh nak share sikiit ngan korg 
ape tip2 nyee :P baca tauuu tauu tauu !! 
ohok ohok !! *_____* chomell gilaa tips tips nyh :p 
macam aaaa aku mampu buat :P ehehhehehe

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!                                                        

Saturday, 13 August 2011

Malaysian Hijabers Community

Oke ! Benda nyh Idea dari seorang rakan iaitu Puteri Nurfarahin.
Club nyh ditubuhkan di INDONESIA kalau aku ta silap.
So, pu3 bagi idea untuk menubuhkan club nyh di malaysia pula.
ttbe jee pu3 wall dan mngatakan "awak kalau on9 btau kite ade bnda nak wat ngan awak"
oke then , aku pon on9 dan msg die ..
die trus IM dan ceritakan semua tntg bnda nyh :) 
aku oke jee sume nyh sbb aku mmg suke bnda2 macam nyh :) 


Ini logo group kami :) lawa tak lawa tak ??? ahahhahah :p 
Logo nie Xeexoe areef yang create iaitu Bf kpada Pu3 :) 
thanx to him sbb banyak menolong pu3 dalam nak menubuhkan club nie ;) 
kami masih lagi dalam perbincangan tntg tugas2 yang bakal diberi, 
masih mencari 30 org untuk mnjadi comitee dalam MHC :) 
dan 30 orang nyh laa yang akan melancarkan club ini dan buat tugas masing2 .
Mungkin pertemuan kami kali pertamanya akan di set oleh pu3 lpas raya mungkin :) 
senang sikit keja , sbb bulan2 puasa nyh takut dorg tak larat pulak kann 

To all my fren yang dekat FB , come and join us in this group ..
support anda sume bakal dihargai sangat2 ;) 
Thanx a lot to those fren yang dah like page nyh :) 
Mulakan like anda secepat mungkin yaaa di page 
Especially 4 hijabers ! :)
"MALAYSIAN HIJABERS COMMUNITY"
LOVE YAHH <3



Friday, 12 August 2011

Aku ingin kau kembali :(

Jika ada satu kesempatan 
ku ingin kembali ke masa itu
Mencoba melangkah 
Melewati hari dengan tawa
Ku ingin kau tetap disini
Menemaniku tiap saat , tiap waktu
Ku ingin bisa habiskan lebih banyak hari denganmu
Aku ingin selalu ada tangan yang siap untuk mengendongku 
Suatu tempat yang siap menjadi  sandatanku tiap saat aku lelah
Tempat berbagi cerita tentang kisah sehari hari
Dari hal biasa hingga ke hal yg luar biasa
Ketika aku menangis , kau bisa menenangkan aku
Ketika aku tertawa , kau bisa tersenyum bahagia bersamaku 

Alunan lagu di kotak hatiku masih lagi belom berhenti
Lagu rindu itu masih terngiang ngiang di hati
Denting irama kasih itu masih terus berlanjutan
Mencoba menyapa isi hatimu di sana
Mencoba memanggilmu kembali ke sisiku 

Tidakkah kau lihat aku ??
Tidakkah kau dgr isi hatiku ??
Kau pernah bilang ...
Ketika rinduu , kau akan teringat akan menyebut "ching ching" 
Hatiku terus memanggil namamu
Bahkan sudah menjerit ! sudah aku teriak sekuat mungkin
Tidak dengarkah kau ??
Mengapa kau sedikit pon tak menoleh 
Lihatlah akuu ... dengarla panggilan aku
Lari ke arah aku 
Genggam tangan aku 
Rangkul aku 
Hapus airmata ku 
Biar kita boleh melangkah bersama 
Biar kita boleh mecoret kisah kita bersama
Biar kita bisa melantunkan irama lagu yang indah bersama
Biar melodi indah itu kembali tercipta
Tersebar luass ! hingar di luar sana 
Hingga semuanya tahu
Bahawa kau dan aku ada 
Kita adalah SATU ! 




Thursday, 11 August 2011

Coretan hati

Mungkin aku memang lemah
Mungkin aku tak pernah punyai lelah
Saat ku terdiam menangisi pemergianmu 
Terus ku terpaku oleh harapan semua
Sepertinya..... sudah cukup banyak kutulis
Sudah cukup dalam hati ini ku hiris
Agar bisa kucoba lagi cinta dari mula
Dengan ia yang mampu merasakannya 
Namun cinta untukmu terus bertahan
Di sekeping hati ini pun cinta untukmu ku rasakan
Kerinduan hadirmu tidak pernah bisa hilang
Oh TUHAN ! bagaimana semua ini bisa aku artikan ??? 

Sang kuasa selalu punya rencana indah buat kita umatNya 
Sesekali langsung membahagiakan hati
Terkadang sejenak bertentangan dgn harap
Kau hanya perlu mensyukuri dan merenungi
Usah kau terus bertanya , buang semua logika di minda
Berdoalah senantiasa , dan syukuri baik buruk nya yg kau rasa 
Saat kau minta baik , dan berniat baik , itu la yg akan dia berikan 
Terkadang seringkali harus lalui hari yang menguji hati
Selalu ada rencana indah untukku
walau seringkali ku melupakanNya
Selalu ade rencana indah bagiku
Jika aku terus meminta padaNya

Ingin ku rasakan apa saja disini, tapi angin punya telinga dan kata kata
Bahkan lampu lampu jalan bakal merakam dan menyuarakan kembali dgn bahasa lain
Lalu dinding mencengkam tubuh ku .
Kesepian menyelubungi ku !!

Ingin kumerdekakan apa sahaja di sini 
Tapi burung tak punya lagi sarang yang tenteram
Pohon pohon telah memburu kota demi kota
Mengubah ketenteraman jadi pergaduhan dan asap yang dimuntahkan 
adalah sumber oksigen ku setiap detik jam yg berjalan

Ingin ku tulis apa sahaja di sini,
tapi surat khabar, majalah , radio tak lagi punya suara
Seribu iklan padan memenuhi halaman demi halaman 
Seperti gula gula yang dikunyah anak anak kecil
Aku hanya membaca bahasa angin di atas sana
Kemudian meliuk di sekeliling tiang , 
memikirkan apa bakal terjadi 

Ingin kusuarakan kembali kemerdekaan di sini 
tanpa rasa sakit ! tanpa rasa marah dendam yang meluap luap ke dada
Ingin kuteriakkan penderitaan di hati
biar burung bisa terbang dan bebas di awan
Hingga tidak ada lagi ruang udara kecemasan dalam diriku 


Wednesday, 10 August 2011

kehidupan =)

Seharian hanya membeliakkan mata . 
Kehidupan semakin sama seperti panda .
Hari aku makin menjadi terbalik .
Sian menjadi malam .
Malam menjadi siang . 
Bilakah semua ini akan berakhir ??? 

Keinginan ku untuk kembali ke masa awal dahulu .
meluap luap , aku inginkan kehidupan lama .
bukan kehidupan yang skarang .
kehidupan yang penuh dgn kesusahan .
kehidupan penuh pancaroba .

Hidup ini adalah KARMA . 
aku hanya mampu lalui semua nyh .
kerana ini semua adalah ujian dari yang ESA .
Harus menerima dgn ikhlas . 

Mata aku sudah menjadi teruk .
Mata aku sudah sngt hitam .
Mata aku dah tidak lagi sempurna seperti dahulu .
Mata aku makin membesar .
Mata aku makin ke dalam .
Ibarat org tua yang semakin tua dan berumur .

Badan sudah mula lesu .
Badan sudah mula mengurus .
Badan sudah tidak berapa kuat .
Badan semakin mendapat pelbagai penyakit .
Badan memiliki segenap kesakitan yang tidak dpt digambarkan .

Setiap hari melalui hari2 yg genting .
tidak lekang dari masalah yg bertimpa2 .
masalah yg sentiasa bikin aku pusing .
aku hanya ingin kehidupan yg tenang sprti dulu .
bersama family , bersama rakan2 .

Family ?
Inilah buah hati pengarang jantung ! 
setitis peluh yang mengalir hanya untuk membahagiakan mereka .
Mereka terlalu bnyk memenuhi keinginan aku .
Dari kecil hingga besar , hasil keringat mereka yg membesarkan tubuh yg kecil ini .
pengorbanan mereka terlalu besar . 
family ?? tanpa kau tade laa aku didunia . mencintaimu adalah hobi harian :)

Kehadiran lelaki ???
ahahhaahah ! tidak akan pernah penting dihati aku , 
Lelaki ? hanya laa manusia yg tdak prnah paham erti menghargai .
Lelaki ? hanya laa manusia yg hnya tau memuaskan nafsu mereka .
Lelaki ? tdak pnah mengerti ape sbnanrnya maksud percintaan .
Lelaki ? hanya tau akan ego mereka yg sgt tggi .
Lelaki ? hanya inginkan kepuasan buat mereka sndri jee .
Lelaki ? tidak pernah cukup akan satu pasangan hidup .
ahahahahaha ! kalau disebut soal lelaki , aku jadi annoying !! 


Sahabat ??
Aku terlalu menghargai ertinya sahabat . 
Aku terlalu sayang akan sahabat . 
Tanpa sahabat , aku tak mungkin mampu hidup . 
Sahabat laa yang ade bersama kite disaat kite susah dan senang .
Sahabat aku sentiasa menyayangi kau ! cinta ketiga aku pada kau wahai sahabat :) 
Tanpa kau , tidak kemana laa life yang penuh dgn pancaroba ni :) 
Terima kasih wahai sahabat .

Tiada apa yang indah di muka bumi selain kejaiban yang di atas ;)
keringat ini yg bakal merubah diri sendri ke arah yg benar .

YA ALLAH ! AKU BERSYUKUR ATAS SEGALA UJIAN YANG KAU BERIKAN 
AKU MENGHARGAI SETIAP APA YANG KAU BERIKAN TERHADAP AKU 
AKU CINTAKAN KAU YA ALLAH :) TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA  <3